Thursday, September 01, 2005

Selamat Hari Merdeka!

Sudah 6 minggu adik saya Elaine berada di Dundee. Saya masih ingat, hari tu kat KLIA sebelum naik kapal terbang, dia nangis tak berhenti-henti sambil memeluk ayah dan saya. Nasib baik mak ikut bersama dia... kalau tidak, adik aku yang ini, nangisannya pasti akan lebih teruk.

Beberapa hari yang lalu, Elaine mengirim email kepada kami semua yang kat rumah. Berceritalah dia tentang cuaca, universiti, masakan, dan juga pengalaman dia di hospital sebagai doktor murid. Ada suatu malam, seorang mat saleh ditolak masuk ke wad kecemasan dengan muka yang cedera akibat jatuh dari tangga apabila mabuk. Tergelak-gelak saya membaca emailnya! Hehe, dan teringat juga pula aksi-aksi saya sendiri apabila mabuk, jatuh lah, bising menjerit-jerit lah. Tapi nasib baik tak macam si mat saleh tu yang mukanya koyak!

Elaine diberi tugas untuk menjahit mukanya, dan ini kali pertama dia! Dengan tangan yang bergetar-getar, jahitan yang pertama dan kedua tu, tak elok sangat, tetapi jahitan yang ketiga dan keempat tu, ha.. lawa jugak kata dia. Si mabuk tu, dia masih sempat bertanya kepada Elaine, "This is your first time isn't it?". Kesian Elaine! Tapi tak apa lah, si mabuk tu bukannya kisah.. sewaktu Elaine menjahit mukanya yang koyak tu, si mabuk yang gatal ni, asyik berkelip-kelip mata nak buat kacau. Kalau aku yang menjahit muka dia, hmmph, ku cucuk mata dia dengan jarum yang ada di tangan!

Elaine juga bercerita tentang kawan-kawan serumah. Rumah ini diduduki 10 orang Malaysia yang juga berkuliah di Dundee. Sempena Hari Merdeka, Elaine mengesyorkan rakan serumah untuk mengibarkan Jalur Gemilang di luar rumah untuk menujukkan semangat patriotik walaupun berada di negara orang lain. Tetapi, rakan serumah tak berkongsi semangat Elaine, dan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-48 disambut seperti hari yang biasa di Dundee - basah, sejuk dan mendung.

Sedih eh? Waktu saya kat Perth, Hari Merdeka pasti disambut oleh Murdoch Malaysian Association dan kita buat mini-carnival kat universiti.. jualan kuih muih yang dibuat oleh rakan-rakan, entah dah lupa ada nasi lemak ke tak. Ada juga kawan-kawan yang datang ke kampus memakai baju tradisional untuk menunjukkan kepada semua bahawa Malaysia ni betapa warna-warni dengan pelbagai kaum yang membuat Malaysia ni unik! Apabila nampak Jalur Gemilang dikibarkan di negara orang lain (walaupun bukanlah setinggi yang kat Dataran Merdeka tu!), perasaan tu.. gembira, tapi macam nak nangis juga! Hehe.

Saya harap, pada Hari Merdeka tahun depan, Elaine dan rakan-rakan serumah akan merayakannya walaupun secara kecil-kecilan. Kat sana, mana boleh dapat Jalur Gemilang eh? Kalau takde, nanti saya hantar. Hari Mederka tu, ah, kibarlah bendera kat luar rumah!

Aah.. Merdeka saya pulak, bukannya meriah sangat. Tapi gembira melihat bendera-bendera yang dinaikkan di merata-rata tempat. Saya paling suka melihat anak-anak sekolah yang berbasikal di tepi jalan tu, kesemua basikal dalam kumpulan tu mengibarkan Jalur Gemilang di belakang. Dan waktu mereka berbasikal dengan laju, bendera pun ikut menari kat belakang!

Pada malam 30 Ogos, sewaktu menonton televisyen, drama Korean dihentikan untuk siaran ucapan Perdana Menteri. Biasanya, apabila rancangan tergendala, saya akan masuk ke tandas, kemudian mungkin ke dapur untuk mencari makanan ringan ataupun minuman. Tapi kali ini, saya duduk kat depan tv and volume pun dinaikkan untuk mendengar mesej dari Pak Lah.

Beliau memberi nasihat kepada orang Malaysia untuk bersama-sama bekerja mencapai wawasan 2020. Pak Lah kata wawasan 2020 ini tidak boleh dicapai hanya dengan usaha kerajaan, malah, semua orang Malaysia harus berkerjasama. Tak gunalah kalau Malaysia ni ada bangunan yang tinggi-tinggi, highway yang panjang dan lebar, teknologi yang canggih, ICT yang moden, tapi rakyatnya tidak mengamali sifat-sifat yang elok! Pak Lah bercakap tentang sifat orang Malaysia apabila di jalan raya. Bukannya kereta tak elok ataupun jalan tak elok, tapi cara memandu kita yang tak elok! Pak Lah cakap, nombor kemalangan di Malaysia tinggi kalau dibandingkan dengan negara lain! Beliau juga meminta supaya kita, sebagai rakyat Malaysia mempunyai ilmu taktarakyat ataupun civic mindedness sebab masih ada lagi orang yang merosakkan kemudahan awam. Juga diberi sebagai contoh ialah keganasan yang semakin merebak di kalangan masyarakat kita, sehingga murid-murid sekolah pun semakin terlibat di kes-kes jenayah. Banyak lagi yang Pak Lah cakap, tentang rasuah, tentang orang yang menggunakan teknologi untuk membuat jahat seperti menggunakan internet untuk gambar / filem lucah, VCD cetak rompak, menggunakan SMS untuk memfitnahkan orang lain, dll.

Semakin usia meningkat, saya mendapati saya ni, makin bangga akan negara kita dan juga bangga sebab saya orang Malaysia. Saya ingat, dulu, sebagai murid kolej yang berusia 18 tahun, saya pun banyak complain tentang negara kita ni. Walaupun negara kita ni masih banyak "teething problems", tapi Malaysia is home! Semenjak kepulangan saya dari Australia, baru saya sedar bahawa Malaysia ni paling best. Dan kalau saya dengar ada siapa-siapa yang kata Malaysia tak baik, Malaysia boring, hmmph.. orang ni tak tau betapa bertuah diri dia sebagai rakyat Malaysia!

Pada malam 30 Ogos juga, saya dan babe menonton filem tengah malam kat panggung wayang. Setelah iklan iklan habis, dan sebelum filem bermula, kebetulan pula waktu itu tepat 12 malam, dan didalam panggung wayang yang gelap itu, banyak yang menjerit "Selamat Hari Merdeka!". Saya hanya boleh tersenyum.

OK, saya rasa dah cukup saya merepek ni.. susah juga eh berbelog dalam Bahasa Malaysia! Nasib baik ada kamus tee hee hee! Well, sempena kempen berbelog dalam BM yang dimulakan oleh rakan belog yang lain, dan setelah membaca belog Kak Teh dan Lydia, I just thought that I had to do my part! : )

Happy 48th Merdeka, Malaysia!

Posted by Doreen at 2:45 pm